Wednesday, 5 March 2014

SARAWAK WOKER'S PARTY.. Masih Relevenkah Kewujudannya?

Propa
        

              
IT tau, yang semua penduduk sarawak sedia maklum akan keputusan PRU13 yang lepas, khususnya kemunculan sebuah parti baru yang begitu gah di awal kewujudannya iaitu Sarawak Woker's Party (SWP). Bermodalkan rakan baik Barisan Nasional (BN) di awal cerita dan bertanding di seluruh kawasan yang diberikan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) walhal semua sedia maklum yang Parti tersebut sememangnya kompenan Barisan Nasional sudah berabad lamanya.

              Ternyata percaturan SWP pada pendapat IT adalah salah .. ini kerana rakyat muak dengan caranya yang terlalu gelojoh umpama "kaduk naik junjung" melawan sifu sendiri. Buktinya Terang, Jelas dan Nyata bila Keputusan PRU13 ternyata semua wakil mereka tumbang di kesemua kawasan mereka bertanding, lebih parah lagi semua wakil seteru yang mereka tentang PRS menang dengan bergaya.

             Hari ini, IT pasti semua sedia maklum, genderang perang SWP sudah bermula lagi, awal-awal lagi Presiden Parti yang dulunya menyatakan mereka adalah sahabat BN ingin pula bergabung dengan Democratic Action Party (DAP) secara khususnya atau menjadi ahli didalam Pakatan Rakyat secara amnya. Persoalanya disini.. Relevankah keputusan ini atau kisah silam akan berulang semula... tepuk dada kita tunggu keputusannya.salam..   

No comments:

Post a Comment